Montevideo: Kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan penduduk Uruguay berumur 18-70 tahun yang sudah lengkap menerima dos vaksin CoronaVac turun sebanyak 97 peratus dalam tempoh 14 hari, lapor Agensi Berita Xinhua.

Vaksin CoronaVac dihasilkan syarikat China, Sinovac.

Menurut laporan awal dikeluarkan Kementerian Kesihatan, jumlah mereka yang dimasukkan ke unit rawatan rapi menurun lebih 95 peratus dan kes jangkitan virus berkenaan berkurangan sehingga 57 peratus.

Laporan itu membabitkan 712,716 orang yang sudah melepasi tempoh 14 hari vaksinasi dari 1 Mac hingga 25 Mei, selepas menerima dos kedua.

Pada Selasa, 28 peratus penduduk Uruguay sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Uruguay melaporkan sejumlah 291,488 kes jangkitan Covid-19 dan 4,213 kematian sehingga Ahad. Harian Metro