Utama :BLOG Cemburu punya pasal, wanita tikam teman lelaki, anu nyaris kena potong

Cemburu punya pasal, wanita tikam teman lelaki, anu nyaris kena potong

179

IPOH 16 Sept. – Seorang wanita warga Sri Lanka yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan suaminya dengan menikam dan mengelar kemaluan lelaki itu telah ditahan polis Khamis lalu bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, wanita berusia 48 tahun itu diberkas pada hari sama kejadian ketika melawat mangsa di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Wanita itu ditahan pada malam hari kejadian ketika cuba melawat suaminya yang menerima rawatan akibat kecederaan parah di hospital berkenaan.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, Khamis lalu, seorang lelaki warga Sri Lanka cedera parah setelah ditikam dan dikelar dengan menggunakan pisau oleh isterinya di bahagian kemaluan dan leher.

Kejadian yang berlaku dalam bilik di sebuah rumah kedai yang disewa pasangan itu di Meru, Jelapang itu dipercayai bermotifkan cemburu.-UTUSAN ONLINE