DUNIABUAT HAL BETUL! Selepas Covid-19, jangkitan H5N6 pula dikesan di China

BUAT HAL BETUL! Selepas Covid-19, jangkitan H5N6 pula dikesan di China

BEIJING – Seorang lelaki di China telah dimasukkan ke hospital selepas disyaki dijangkiti virus selsema burung H5N6 yang membawa maut, lapor akhbar Daily Post kelmarin.

Lelaki berusia 55 tahun itu disahkan positif H5N6  pada 6 Julai lalu selepas mengalami demam dan dimasukkan ke sebuah hospital di Sichuan, barat daya China.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kes tersebut merupakan satu daripada 33 kes yang dilaporkan di rantau Pasifik Barat sejak 2014.

Media tempatan  memetik seorang pakar sebagai  berkata, jangkitan terbaharu itu tidak menimbulkan risiko penularan skala besar antara  manusia.

Pihak berkuasa kesihatan kini ‘mengaktifkan tindak balas kecemasan dan melakukan kerja-kerja sanitasi di kawasan jangkitan.

Punca jangkitan bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Menurut WHO, jangkitan pertama varian H5N6 melibatkan manusia mula  dikesan di Laos pada 2014 dengan 60 peratus kes   menyebabkan kematian.

Kes terakhir pula dilaporkan di China Mei lalu.

“Setiap kali virus selesema burung beredar dalam kalangan ternakan, terdapat risiko jangkitan sporadik akibat terdedah kepada ternakan yang sudah dijangkiti atau persekitaran yang tercemar.

“Oleh itu, jangkitan sporadik antara manusia adalah tidak dijangka,” demikian kenyataan WHO dalam kemas kini mingguan selesema burung terakhir pada 9 Julai lalu.

Dengan jangkitan selesema burung yang berterusan akibat kewujudan virus A(H5), terdapat keperluan untuk terus berjaga-jaga dalam sektor kesihatan awam dan masyarakat.

Kesesedaran masyarakat mengenai bahaya virus tersebut terhadap kesihatan manusia sangat penting untuk mencegah jangkitan pada manusia. -Agensi

......