Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammed mengulas usia calon Bersatu bagi pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai.

“Calon mereka saya kira 66 tahun, tahun depan 67 tahun saya harap kita tiada PRK lagi. Penat PRK ni,” katanya.

Beliau bercakap pada majlis pelancaran jentera BN untuk pilihan raya kecil itu hari ini.

Kerusi parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia.

BN dijadualkan mengumumkan calonnya pada hari ini. Bagaimanapun, Hasni berkata pengumuman itu tidak akan dibuat pada hari ini

“Sepatutnya, kita juga namakan calon, sebelah sana tertipu dengan kita. Dia nak umumkan 30 hari bulan (Okt) tetapi bila dia kata nak dia umum dulu pukul 2 petang (tadi).

“Jadi dia tertewas kita takkan umum hari ini,” kata Hasni. Mkini