DUNIABiar betul? Tom Cruise ‘hilang’, disyaki positif Covid-19

Biar betul? Tom Cruise ‘hilang’, disyaki positif Covid-19

LOS ANGELES – Ketidakhadiran pelakon terkenal, Tom Cruise di lokasi filem Mission Impossible 7 selepas proses penggambaran filem tersebut disambung semula baru-baru ini mencetuskan persoalan, sama ada lelaki berusia 58 tahun itu positif Covid-19.

Sebelum ini, Cruise dikatakan berang apabila penggembaran Mission Impossible 7 tergendala lagi selepas 14 kru produksi berkenaan positif Covid-19 sejak 7 Jun lalu.

Bagaimanapun, selepas mendapat kebenaran untuk menyambung semula penggambaran, bekas suami kepada aktres Katie Holmes itu tidak muncul di lokasi walaupun semua orang telah menamatkan tempoh kuarantin kendiri.

Menurut sumber, tidak mustahil Cruise sebenarnya menjadi penyebab penggambaran itu terpaksa dihentikan sebelum ini walaupun tidak ada sebarang pengesahan rasmi tentang siapa yang dijangkiti.

“Semua yang berada di set penggambaran dimaklumkan penggambaran itu dihentikan lagi. Sejak itu, Cruise tidak pernah muncul.

“Sekarang mereka mengesyaki dia mungkin menjadi kontak rapat kepada individu yang positif virus itu. Ada pula mengatakan kemungkinan, dia yang dijangkiti.

Gara-gara itu, Cruise kini menjadi bahan jenaka di lokasi kerana sangat ironik jika dia adalah penyebab penggambaran terpaksa dihentikan.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, seramai empat penari dan 10 kru produksi  Mission Impossible 7 positif Covid-19 sehingga memaksa 50 kru lain perlu menjalani kuarantin kendiri.

Pada Disember tahun lalu, akhbar The Sun mendedahkan Cruise didapati menengking kakitangan produksi supaya patuh segala protokol keselamatan.

Dia kedengaran begitu tegas dalam memastikan tidak berlaku jangkitan Covid-19 di set penggambaran.

Keadaan menjadi lebih tegang pada 9 Jun lalu apabila Cruise dilaporkan cuma ada 21 hari untuk menghabiskan baki penggambaran sebelum penggambaran terpaksa dihentikan sekali lagi.

Menerusi Mission Impossible 7, Cruise kembali menjayakan watak Ethan Hunt dalam sekuel filem mengenai perisikan yang turut membintangi pelakon lain seperti Hayley Atwell, Vanessa Kirby, Pom Klementieff, Nicholas Hoult, Simon Pegg dan Ving Rhames. -K! ONLINE

Tom Cruise ‘hilang’, disyaki positif Covid-19

......