POLITIKBersatu tidak jadi pula bertanding di Sarawak, kata Abah sayang Sarawak?

Bersatu tidak jadi pula bertanding di Sarawak, kata Abah sayang Sarawak?

PETALING JAYA: Bersatu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Dis depan, kata Presidennya Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata parti itu sebaliknya akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadapi pilihanraya itu nanti.

Katanya, keputusan berkenaan diambil dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden GPS Abang Johari Openg.

“Kita sudah ada perbincangan dengan Abang Johari beberapa hari sebelum pengumuman PRN Sarawak dibuat.

“Kita bincang di peringkat parti, yang kita tidak akan bertanding di PRN Sarawak. Kita dah buat keputusan. Yang penting kita nak tentukan parti di Sarawak menang dengan cemerlang,” katanya menurut laporan Berita Harian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh, hari in

Semalam, GPS mengumumkan akan bertanding di semua 82 kawasan DUN Sarawak pada PRN itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Dis, dan pengundian awal 14 Dis.

Bersatu tak tanding PRN Sarawak

......