GAYA HIDUPBegitu hebatnya penangan artis kontroversi ini, Ramai nak berniqab, ‘tiru’ Neelofa

Begitu hebatnya penangan artis kontroversi ini, Ramai nak berniqab, ‘tiru’ Neelofa

BEBERAPA hari lalu, InstaStory milik Neelofa muncul dalam ruangan media sosial Diva.

Menerusi InstaStory tersebut, selebriti berniqab itu melakukan tinjauan mengenai apakah gaya hijab yang akan dipakai pengikut Instagramnya pada masa akan datang.

Dalam senarai bergambar yang ditunjuk Neelofa itu, antara gaya berhijab yang dipaparkan seperti turban dan berniqab.

Hasilnya, ramai yang memasang niat untuk memilih gaya nombor 12 iaitu berniqab satu hari nanti.

“Rupa-rupanya ramai yang memasang impian untuk memakai gaya 12 (berniqab). Semoga Allah SWT gerakkan kita kepada sasaran kita.

“Semoga setiap perkara baik yang kita buat menjadi ikutan untuk saudara seagama,” tulis Neelofa.

Baguslah jika ramai yang memiliki niat untuk berpurdah atau berniqab. Semoga Neelofa terus menjadi ikutan dan contoh yang baik sebagai selebriti berniqab ya.

Ramai nak berniqab, ‘tiru’ Neelofa

......