Foto - Apa Kata Orang

Bagaimana? Politik ada sindirnya, ada selorohnya, begitulah yang dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pertikaikan Otai Reformis, membayangkan sekiranya Azmin mahu bersama Muafakat Nasional.

Kenyataan itu mungkin bakal mengundang pelbagai reaksi pemain media sosial dan dikalangan pemimpin Umno sendiri.

Biasalah kita kena faham seloroh, jangan pula anggap itu serius, kalau, kalau benar pun, mahu goyang kerajaan pro D4P. Sekarang dalam Pakatan Harapan yang menjadi masalah besar bagi rakyat adalah D4P.

Penulis beranggapan, kalaulah terjadi sekalipun kerajaan pintu belakang, eh lantak lah, persetanlah kamu dari kem mana-mana, sebabnya perkara utama adalah kuasa.

Kalau kuasa mutlak orang Melayu sudah ditahap kerongkong, ada cara untuk kembalikannya dengan niat menyelamatkan keadaan dan situasi, penulis tidak kisah, asalkan kuasa Melayu itu.

Lihat sahaja apa berlaku dengan aset-aset negara, macam-macam keadaan yang tidak menyebelahi orang Melayu sudah terang-terangan berlaku tanpa noktah.

Najib Razak ada mengatakan pada tahun 2015, Umno hilang kuasa, Melayu terbangsat di negara sendiri, inilah terjadi, usahlah kita ego dan menafikan. Buka mata, buka hati.

Tetapi, apa yang diperkatakan penulisan ini adalah hanyalah pendapat peribadi penulis, tidak berniat untuk memperlekehkan atau apa menyinggung sesiapa. Moga tahun hadapan bubarlah Parlimen.

Adios.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewajaran di sebalik desakan Otai Reformasi 1998 yang mendesak kerajaan dan PKR memecat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, alasan mereka yang Zuraida dan Azmin antara tujuh pemimpin yang dituduh menghina Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak logik.

“Orang yang berani dan berkata benar nak ditendang keluar? Barangkali itulah makna reformasi,” sindirnya menerusi ciapan twitternya hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan mungkin Muafakat Nasional antara UMNO Pas akan menjadi pilihan untuk kem Mohamed Azmin jika satu hari nanti jika Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memilih tidak bersama DAP.