Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan nada tegas mahu Menteri Besar Boneka DAP Selangor patut meletakkan jawatan kerana tidak patuh dan taat kepada Titah Tuanku Sultan Selangor berkaitan kegagalan membentang pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah.

BACA sini: Usul Pindaan Undang-Undang Islam tidak mendapat persetujuan Speaker DUN Selangor
(https://pakdin.my/usul-pindaan-undang-undang-islam-tidak-mendapat-persetujuan-speaker-dun-selangor)

“Terlalu banyak kelemahan dan perkara negatif berlaku dalam pentadbiran Selangor antaranya pembatalan program TAWAS dan sebagainya. Rakyat Selangor harus terus bangkit menuntut program tersebut diteruskan,” kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Ahmad Zahid menggesa UMNO dan BN bersama PAS bangkit berjuang mengajak rakyat Selangor bangkit bagi menukar pentadbiran Kerajaan Selangor sekarang yang dilihat tidak menjaga kepentingan rakyat.

Bagi melicinkan petlaksanaan agenda parti UMNO perlu kuat roh perjuangannya. “UMNO perlu belajar dari PAS dalam mendapatkan dana parti, tidak perlu malu untuk mendapatkan sumbangan dari orang rami sayangkan parti” tegas beliau.

“Kerusi Parlimen Hulu Selangor akan dapat dirampas semula berdasarkan keputusan PRU 14 sekiranya Ta’awun siyasi bersama PAS diambil kira. Bukan sahaja Hulu Selangor, Selangor juga berjaya di rampas. Di tambah kebencian rakyat terhadap Pakatan Harapan” katanya.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor

Sementara itu ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Haji Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam ucapannya merujuk kepada perpaduan antara UMNO PAS dengan menyoroti sejarah kemerdekaan ketika UMNO dan Melayu menjadi kuat mereka tidak pernah lupa kepada bangsa lain di Malaysia dan membawa bersama bangsa Cina dan India menuntut kemerdekaan.

Beliau meminta sahabat dalam parti komponen Barisan Nasional tidak men curigai Ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS.