POLITIKBanjir besar!! PM tak cakna, ADUN gesa mangsa ambil tindakan undang-undang kata...

Banjir besar!! PM tak cakna, ADUN gesa mangsa ambil tindakan undang-undang kata Adun Hulu Kelang

ADUN Hulu Kelang Saari Sungib menggesa mangsa banjir mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dakwanya, Ismail tidak cakna dengan rayuan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari “memohon bantuan segera ketika banjir semakin teruk” pada lewat Jumaat 17 Disember lalu.

“Apakah terdapat niat jahat atau mala fide Ismail Sabri terhadap kerajaan Selangor?

“Dengan itu, saya menyeru rakyat Selangor terutama yang menjadi mangsa banjir ini mempunyai bukti-bukti untuk membuat dakwaan mala fide dan pengkhianatan Ismail Sabri terhadap mereka di mahkamah,” katanya menurut laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, FMT melaporkan Amirudin telah menghubungi Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memohon kerahan tentera dan aset dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir.

Menteri Besar Selangor itu menafikan dakwaan dia keberatan untuk melibatkan tentera dalam usaha mengatasi bencana banjir di Selangor.

“Tidak timbul isu keberatan…kita (kerajaan negeri) sedar kapasiti kita,” katanya.

Jelas Amirudin, dia menghubungi Ismail dan Hishammuddin pada waktu malam, Jumaat lalu.

Bah besar yang melanda beberapa negeri pada hujung minggu lalu telah meragut 46 nyawa setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki di Pahang dilaporkan masih lagi hilang.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan hari ini daripada jumlah itu, 25 kematian dicatatkan di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita.

Sementera di Pahang sejumlah 18 kematian membabitkan 12 lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak lelaki dilaporkan manakala Kelantan pula dua mayat lelaki dan satu mayat kanak-kanak perempuan telah ditemukan.

Banjir: PM tak cakna, ADUN gesa mangsa ambil tindakan undang-undang

......