DUNIABakal jadi bencana! WHO bimbang Euro 2020 jadi lubuk super spreader

Bakal jadi bencana! WHO bimbang Euro 2020 jadi lubuk super spreader

COPENHAGEN, Denmark – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendesak supaya perlawanan bola sepak Euro 2020 dipantau lebih rapi ketika Eropah menyaksikan jangkitan Covid-19 kembali meningkat, didorong oleh varian Delta yang menular ke seluruh dunia.

Beratus-ratus kes koronavirus direkodkan dalam kalangan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan Euro 2020 di serata Benua Eropah dengan varian Delta dikesan di banda Copenhagen.

Varian amat mudah merebak itu turut menjangkiti warga Scotland serta Finland yang masing-masing pulang dari kota London dan bandar Saint Petersburg.

Dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan, badan pentadbiran bola sepak Eropah, UEFA telah membatalkan semua tiket yang dijual kepada penduduk Britain bagi menyaksikan perlawanan suku akhir England menentang Ukraine di Rom pada hujung minggu ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Rusia mencatatkan kematian Covid-19 tertingginya untuk hari ketiga berturut-turut kelmarin, manakala jangkitan di Britain juga melonjak di sebalik kepesatan usaha vaksinasi.

Seorang petugas memegang poster meminta penonton memakai pelitup muka menjelang pertemuan Jerman menentang Hungary di Arena Allianz, Munich pada 3 Jun lalu. – AFP

Portugal pula bergelut untuk mengekang varian Delta. Negara Eropah itu memutuskan kelmarin untuk melaksanakan semula perintah berkurung waktu malam ke atas 45 buah bandar termasuk ibu kota, Lisbon mulai esok.

“Akan ada gelombang baharu Covid-19 di Eropah kecuali kita kekal mengamalkan disiplin yang tinggi,” kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge dalam satu amaran.

Benua itu mengalami peningkatan 10 peratus kes Covid-19 sejak seminggu lalu yang ‘berpunca daripada peningkatan pergaulan, pelawat, perhimpunan penduduk dan kelonggaran sekatan fizikal.

Apabila ditanya sama ada Euro 2020 mungkin menjadi acara yang menodorong penularan ‘superspreader’, Kluge menjawab: “Saya harap tidak tetapi kebimbangan ini tidak dapat ditolak.”

Koronavirus telah membunuh lebih 3.9 juta orang di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut angka agensi berita AFP.

Kelmarin, Agensi Ubat Eropah mengatakan bahawa dua dos vaksin Covid-19 dipercayai dapat memberikan perlindungan terhadap varian Delta.

Bagaimanapun, Jerman bersetuju mengesyorkan agar setiap orang yang menerima dos pertama AstraZeneca beralih kepada vaksin BioNTech-Pfizer atau Moderna untuk dos kedua bagiWHO bimbang Euro 2020 jadi lubuk super spreadermemberikan perlindungan lebih baik terhadap koronavirus termasuk varian Delta.

Walaupun sekitar tiga bilion suntikan telah diberikan di seluruh dunia, program vaksinasi global telah memperlihatkan ketidakadilan antara negara, dengan hanya satu suntikan vaksin untuk setiap 100 orang diberikan di negara-negara berpendapatan rendah.

Sikap prejudis terhadap vaksin juga menjadi masalah kepada banyak negara termasuk Rusia sekali gus mendorong Presiden Vladimir Putin muncul di kaca televisyen untuk mendesak rakyatnya supaya mendapatkan pelalian.

Rusia melaporkan 672 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam kelmarin. – AFP

......