POLITIKAzmin TPM : Ia tidak benar, laporan dua portal berniat jahat kata...

Azmin TPM : Ia tidak benar, laporan dua portal berniat jahat kata setiausaha politik

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Mohamed Azmin Ali iaitu menolak laporan dua portal media berhubung pelantikan jawatan timbalan perdana yang dikaitkan kepada bekas menteri kanan itu sebagai “berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.”

Muhammad Hilman Idham kesal laporan Malaysiakini dan Free Malaysia Today itu memetik sumber yang memberikan maklumat yang tidak benar.

“Pada masa yang sama, laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail sebagai perdana menteri,

“Amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu portal berita Malaysiakini melaporkan, sumber Bersatu yang rapat dengan Azmin memberitahu portal berkenaan bahawa Ahli Parlimen Gombak itu akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

FMT turut memetik sumber sebagai mendakwa kalangan pemimpin Bersatu dan Umno bimbang Azmin dan penyokongnya mungkin tidak menyokong Ismail dalam usul undi percaya di Dewan Rakyat, jika beliau tidak dilantik sebagai “orang nombor 2”.

Sumber Bersatu memberitahu FMT, Azmin adalah calon utama bagi jawatan timbalan perdana menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya, berkata Ahli Parlimen dilantik sebagai perdana menteri perlu melaksanakan undi percaya di Dewan Rakyat.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/24/laporan-dua-portal-mengenai-azmin-dan-jawatan-tpm-berniat-jahat-kata-setiausaha-politik/

......