POLITIKAzmin kata dengan nada hebat, tidak sukar yakinkan pengundi Melaka berdasarkan kejayaan...

Azmin kata dengan nada hebat, tidak sukar yakinkan pengundi Melaka berdasarkan kejayaan PN

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali berkata tidak sukar untuk meyakinkan pengundi Melaka berdasarkan kejayaan dan pencapaian gabungan itu memerintah kerajaan sebelum ini.
Azmin berkata ketika PN memerintah di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin,  beliau telah berjaya membawa negara ini ke tahap lebih selamat.
“Hari ini lihat keadaan yang lebih baik hasil daripada tindakan langkah berani diambil selama satu tahun setengah lalu,” katanya yang ditemui di sini.
Dalam pada itu, Azmin berkata buat masa ini PN belum umum calon Ketua Menteri Melaka mereka kerana mahu fokus mengenai manifesto dan dasar-dasar PN di Melaka.
“Seperti diumumkan oleh Presiden Bersatu selaku pengerusi PN, kita telah kenal pasti calon Ketua Menteri Melaka yang akan daripada Bersatu.
“Saya kira yang penting hari ini oleh kerana kita parti baru, tujuan kita hari ini untuk pastikan pengundi-pengundi Melaka dapat buat keputusan tepat pada 20 Nov ini,” katanya.
......