Wayang opera antara perselisihan dalaman PKR sudah nampak imejnya, tidak boleh disorok-sorok kerana pro Azmin dan pro Anwar sedang berganyang sama sendiri, ini kerana tersebarnya video semburit Azmin bersama pasangannya Haziq, dikatakan komplot jahat untuk mengenakan Azmin dikepalai oleh orang-orang pro Anwar.

Bila Azmin sudah nampak keadaan yang memang untuk menjatuhkan krealibiliti imej politiknya, maka tindakan yang mungkin dianggap menyelamatkan kariernya sebagai Menteri, iaitu menubuhkan parti baharu yang memang pro kepada Mahathir.

Kita tunggu dan lihat keadaan yang cukup tragis bagi Anwar dan pengikutnya, jawatan PM itu pasti sukar untuk Mahathir berikan kepadanya. Maka memang tidak mampu menutup bau bangkai gajah yang ditutup dengan daun pisang.

AZMIN AKAN TUBUHKAN PARTI BARU KATA SYED HUSIN

Pengasas bersama PKR Syed Husin Ali mendakwa timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali merancang menubuhkan parti baru apabila pergeserannya dengan Anwar Ibrahim kian meruncing.

Ia merupakan satu daripada tiga perancangan yang diusahakan Azmin mutakhir ini, menurut bekas timbalan presiden PKR itu dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Bagaimanapun, pemimpin PKR yang rapat dengan Azmin menafikan dakwaan itu.

Syed Husin yang kini menjadi ahli biro politik dan lembaga penasihat PKR, berkata beliau tahun bahawa Azmin serius untuk menubuhkan parti baru.

Beliau merujuk kepada rentetean peristiwa selepas penyebaran video seks yang mengaitkan Azmin pada pertengahan Jun lalu.

“Memang sudah diketahui yang mereka (Azmin dan kemnya) ada tiga rancangan sejak dari awal. Pertama, sertai Bersatu. Tetapi kumpulannya ada beberapa orang bukan Melayu dan mereka tidak akan ada tempat dalam Bersatu.

“Kemudian mereka cuba Gerakan dan ada usaha untuk menimbang Gerakan. Tetapi parti itu terlalu rapat dengan BN dan ada di kalangan mereka tidak gembira dengan itu.

“Saya ada maklumat peribadi berkenaan siapa yang buat rundingan. Dan saya juga ada maklumat peribadi yang pimpinan Gerakan mahu berjumpa Anwar untuk membincangkan perkara itu, tetapi Anwar enggan bertemu mereka,” katanya lagi sambil menambah seorang pemimpin kanan dalam kem Azmin telah bertemu Gerakan dan parti itu sendiri mengakuinya.

Baca selanjutnya Malaysiakini