DUNIAAS luluskan vaksin Covid-19 Pfizer, suntikan imunisasi akan dilakukan dalam tempoh 24...

AS luluskan vaksin Covid-19 Pfizer, suntikan imunisasi akan dilakukan dalam tempoh 24 jam

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin COVID019 Pfizer-BioTecNTech semalam, sekali gus memberi peluang kepada berjuta orang yang dijangkiti virus itu menerima suntikan.
Presiden Donald Trump segera berkongsi video di Twitter dengan menyifatkan berita itu sebagai ‘keajaiban perubatan’ dan percaya imunisasi pertama akan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam.
Terdahulu, Ketua Saintis Pentadbiran Makanan dan Perubatan AS, Denise Hinton, mengumumkan pada Jumaat yang pihaknya meluluskan segera vaksin itu untuk digunakan di negara berkenaan.
“Saya mengizinkan penggunaan kecemasan Pfizer-BioNTech COVID-19, vaksin untuk pencegahan COVID-19,” katanya dalam sebuah surat kepada eksekutif Pfizer.
Jangkitan di seluruh AS meningkat secara drastik berbanding sebelum ini dan 300,000 kematian mungkin dilaporkan selepas ini.
AS kini menjadi enam negara yang meluluskan penggunaan dua jenis dos vaksin selepas Britain, Bahrain, Kanada, Arab Saudi dan Mexico.
Langkah itu dilakukan lebih awal daripada yang dijangkakan dan menutup dakwaan mengatakan Rumah Putih akan memecat Ketua Pentadbiran Makanan dan Perubatan, Stephen Hahn jika tidak meluluskan segera vaksin itu semalam.
Bagaimanapun, pakar menyifatkan campur tangan politik Trump dalam proses saintifik, dikhuatiri menjejaskan keyakinan terhadap vaksin.
AS berusaha untuk memberi suntikan vaksin kepada 20 juta rakyatnya pada bulan ini membabitkan penduduk yang menikmati rawatan jangka panjang dan petugas kesihatan barisan hadapan. – AFP
......