Sebelum ini kecoh dimana penahanan seorang penyanyi dan komposer baru nak up yang didakwa mencekik pekerja stesen minyak di Ampang. Netizen terus membuat andaian bahawa artis yang dimaksudkan itu ialah Haqiem Rusli sehingga menyerang Instagram artis terbabit.

Denda RM2800

Namun, segala teka-teki berkenaan artis yang didakwa mencekik pekerja stesen minyak telah terjawab. Menerusi Berita Harian, artis yang dimaksudkannya itu ialah Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli yang popular dengan lagu ‘Terbang’.

Boleh kena Penjara beb

Dia telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dan telah didenda RM2800 atas kesalahan mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, Rabu lalu. Dia juga telah mengaku atas kesalahan yang dilakukannya itu. Dia didenda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan manakala bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000.

Dia boleh disabitkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya atas kesalahan mendatangkan kecederaan. Tambah lagi dia turut boleh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Oh Bulan