KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu positif Covid-19 meningkat kepada 6,806 kes berbanding semalam sebanyak 6,075 kes.

Angka terkini itu menjadikan keseluruhan pesakit wabak tersebut sehingga kini sebanyak 492,302 orang.

Selangor mencatatkan rekod tertinggi iaitu 2,277 kes diikuti Kuala Lumpur 655 kes, Johor 615 kes dan Sarawak 608 kes.

Berita lanjut menyusul. – MalayisiaGazette