NASIONALJenayahApa salah budak tu? Kanak-kanak perempuan setahun maut ditetak

Apa salah budak tu? Kanak-kanak perempuan setahun maut ditetak

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut terkena libasan parang daripada bapa saudara sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Parit Mahang, Jeram di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari selepas berlaku pertengkaran mulut dan pergaduhan antara suspek bersama ahli keluarganya di dalam sebuah rumah.

Sumber berkata, suspek dikemudiannya dikatakan telah keluar daripada rumah tersebut sebelum didapati mundar-mandir di tepi rumah.

Katanya, sejurus kemudian jeritan kedengaran daripada rumah sebelah yang dihuni oleh adik iparnya.

“Suspek didapati telah menghayunkan parang panjang untuk menetak adik ipar dan anak saudaranya.

Parang yang digunakan suspek.

“Hayunan pertama telah terkena anak saudaranya pada bahagian kepala sebelum suspek bertindak ingin menetak lagi adik iparnya,” katanya di sini.

Jelasnya, bagaimanapun suspek berjaya ditangkap oleh anggota polis yang hadir selepas menerima maklumat tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K ! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kanak-kanak perempuan setahun maut ditetak

......