NASIONALJenayahApa nak jadi? Gaduh dengan suami sebab duit, anak tiri disimbah air...

Apa nak jadi? Gaduh dengan suami sebab duit, anak tiri disimbah air panas sampai masuk ICU, pengakuan mangsa mengejutkan!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dikejarkan ke Hospital Kulim akibat mengalami lecur teruk pada bahagian tubuh badannya selepas didera oleh ibu tirinya. Difahamkan, ini bukan kali pertama mangsa didera oleh wanita tidak berhati perut itu.

Mangsa didera ibu tiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kecederaan yang dialami. Bapa mangsa memaklumkan bahawa anak perempuannya itu secara tidak sengaja telah terkena air panas. Tetapi pegawai perubatan tidak percaya akan alasan yang diberikan itu.

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  untuk melaporkan tentang kejadian. Tidak lama selepas itu, JKM menghubungi ibu saudara mangsa, Abidah Ismail untuk memberitahu tentang perkara yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Kami difahamkan pihak doktor tidak percaya dengan penjelasan ayahnya memandangkan keadaan mangsa teruk sebelum membuat laporan. Bagaimanapun, perbuatan ibu tirinya terbongkar selepas mangsa membuat pengakuan di hadapan kami sekeluarga serta JKM bahawa dirinya didera.

Jadikan mangsa tempat lepas geram

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, ini bukan kali pertama mangsa didera. Hal ini kerana pada tahun 2018, mangsa juga mengalami kecederaan patah tangan. Jelasnya lagi, wanita itu tergamak menjadikan mangsa sebagai tempat melepaskan geram sekiranya bertengkar dengan suami kerana isu kewangan.

Kami minta hak penjagaan anak kerana tahu mangsa kerap didera malah kakak saya sanggup menjadikan kanak-kanak ini sebagai anak angkat selepas dia dilaporkan patah tangan namun semuanya tidak dibenarkan JKM dengan alasan ayah kandung mangsa menuntut hak penjagaan.

Jelasnya lagi, wanita ini berharap hak penjagaan akan diberikan kepada mereka kerana mereka mengakui sangat bimbang akan keselamatan mangsa lebih-lebih lagi selepas melihat apa yang berlaku terhadap mangsa. Difahamkan, laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini.

Sumber: Malaysia Gezette

......