POLITIKAnwar pesan dekat DAP, nak tegur boleh tetapi jangan terlalu angkuh sangat

Anwar pesan dekat DAP, nak tegur boleh tetapi jangan terlalu angkuh sangat

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sedia meneliti apa-apa pandangan supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) namun menegaskan desakan itu tidak harus dibuat secara angkuh.

“Itu pandanganlah (desakan letak jawatan). Kita teliti juga tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh sehingga menimbulkan reaksi tidak baik dalam kalangan lain,” katanya.

Beberapa pihak termasuk ADUN Bilut daripada DAP, Lee Chin Chen, mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu.

PH hanya menang lima daripada 28 kerusi ditandingi manakala semua 11 calon PKR turut tewas.

Anwar berkata, beliau bertanggungjawab atas kekalahan itu dan juga keputusan PH menerima dua bekas ADUN Umno bertanding pada PRN atas tiket PH.

“Saya kena pikul tanggungjawab,” katanya ketika ditanya mengenai desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH dan penerimaan dua bekas ADUN Umno itu sebagai punca kekalahan teruk PH di Melaka.

Nak saya letak jawatan, boleh teliti tapi jangan angkuh, kata Anwar

......