Foto - The Borneo Post

Konvensyen Reformasi 2019 nampaknya menempelak teruk Azmin terang-terangan, nama Azmin sudah dilunyaikan cukup-cukup yang hadir pada konvensyen itu.

Azmin dituduh sebagai ajen dalam mengajak MP Umno untuk menyelamatkan jawatan Mahathir?

Lain macam tuduhan Anwar Ibrahim ni, tidak sorok-sorok langsung, Mahathir nampaknya memang cuba permainkan Anwar lagi sekali dengan menggunakan Azmin?

Segalanya terjawab bila tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri ke-8 dikatakan akan terjawab pada 10 Mei 2020 nanti.

Bergaduh teruk Pakatan Harapan.

Anwar luah rasa tak puas hati dengan pemimpin PKR

SHAH ALAM – Konvensyen Reformasi 2019 yang dihadiri kira-kira 1,000 otai dan ahli reformis menjadi pentas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada beberapa pemimpin kanan PKR.

Walaupun beliau tidak menyebut nama tetapi dalam kalangan reformis tahu ia ditujukan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini terutama, ketika Anwar memberitahu, ada menteri parti itu telah menjanjikan projek kepada pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan memastikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terus memegang jawatan perdana menteri sehingga satu penggal.

Sebaik beliau mengucapkan perkara itu, ada beberapa individu reformis melaungkan nama “Azmin” sambil disambut tepukan dari yang hadir.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan 17 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan beberapa Ahli Parlimen PKR di kediamannya di Putrajaya.

Pertemuan itu dikatakan berbincang mengenai projek rakyat, yang mana ahli parlimen dari blok pembangkang dan segelintir dari kerajaan merunggut tidak mendapat peruntukan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, bagi Anwar, pertemuan tanpa pengetahuannya itu dianggap membelakangkan peraturan parti.

Baginya juga, tindakan itu merupakan penyalahgunaan kuasa, yang sepatutnya memberi perhatian kepada masalah berbangkit yang dihadapi oleh kumpulan reformis. – MalaysiaGazette