Utama POLITIK Anwar berdepan penjara maksima 10 tahun?

Anwar berdepan penjara maksima 10 tahun?

1032
0
Foto - The Star

Adakah cita-cita menjadi Perdana Menteri yang ke-8 bakal terkubur sekiranya kes terbaru Anwar dituduh melakukan serangan seksual ini bakal mengheret dirinya boleh dipenjarakan sehingga maksima 10 tahun?

Terkejut juga, apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian sehingga berlaku tuduhan berat terhadap Anwar itu?

Bukan tahap biasa tuduhan ini, tuduhan yang mampu membuatkan cita-cita Anwar bakal berkubur selamanya.

Skrip sama atau tuduhan jahat, itu kita serahkan kepada pihak Berkuasa.

Moga keadilan berpihak kepada yang bercakap benar.

ANWAR BERDEPAN PENJARA MAKSIMA 10 TAHUN

Setelah tujuh jam memberikan keterangan kepada polis, Muhammed Yusoff Rawther akhirnya keluar dari Bukit Aman kira-kira jam 900 malam.

Mengikut peguam beliau, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, masa lama diambil kerana polis hendak tahu perincian insiden tersebut dari tarikh ia berlaku (2 Oktober 2018) ke tarikh laporan polis dibuat (7 Disember 2019).

Mengikut Mohamed Haniff Khatri Abdulla juga, siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah mengenai kesalahan “menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa dia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu”.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan ini, pelakunya “hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu”.

Sama-sama kita lihat bagaimana peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Ramkarpal Singh, akan bersilat membela beliau di mahkamah jika kes ini masuk mahkamah nanti.

Sumber FB Kamarul Yusoff

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2873986829312023&id=100001022016761

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini