ANAK MELAYU HEBAT..

Ini Farahana Mohamed, graduan Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM. Berasal dari Kubang Kerian Kelantan.

Sebulan lepas beliau telah dianugerahkan dengan Hadiah Pelajaran Diraja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Hadiah berprestij ini disampaikan sendiri oleh Tuanku Canselor UKM.

Bagi melayakkan seseorang graduan menerima anugerah tertinggi ini calon mesti mempunyai tahap pencapaian akademik yang paling cemerlang.

Selain itu calon juga mesti mempunyai tahap aktiviti ko-kurikulum yang tertinggi. Calon juga perlu lulus sesi temuduga di hadapan satu barisan panel yang dilantik khusus untuk membuat pengesahan tahap kecemerlangan calon dari aspek personaliti, komunikasi dan pengetahuan. Tidak mudah untuk melayakkan seseorang menerima anugerah ini.

Lebih hebat, kisah hidup Farahana Mohamad boleh menjadi inspirasi pada anak muda lain. Beliau anak ke-6 dari 11 adik beradik. Ayahnya seorang buruh kasar tetapi telah mengalami strok semasa Farahana belum masuk ke UKM lagi.

Oleh kerana masalah kesihatan yang kritikal, ayahnya tidak dapat menyara keluarga lagi. Ibunya juga tidak sihat dan tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga. Farahana terpaksa bekerja sendiri setiap waktu cuti semester untuk menampung keperluan pengajian beliau.

Walaupun sibuk dengan pengajian di fakulti dan bekerja, beliau masih aktif sebagai Naib Presiden MPP Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda fikir Farahana ada masa untuk sakit kepala?

Itulah hebatnya anak muda Melayu bernama Farahana Mohamad. Cemerlang akademik, cemerlang ko-kurikulum dan cemerlang berdikari dalam mencari rezeki untuk keperluan pengajian.

Selayaknya beliau dianugerahkan dengan penghargaan tertinggi akademik untuk pelajar iaitu Anugerah Pelajaran Diraja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berkat Pengorbanan kepada Keluarga, Farahana dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja

Kredit: Anuar Ahmad