KOTA KINABALU, 4 Sept – Seorang anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar  Mohd Zahir Armaya dilaporkan maut semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), pagi tadi.

Mangsa yang merupakan seorang anak seniman veteran tanah air, A.R Badul telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama.

Allahyarham merupakan anggota yang berpengalaman dalam melakukan demonstrasi keupayaan dan video demontrasi tersebut pernah tular di media sosial sebelum ini.

Sehingga berita ini ditulis, pihak Kementerian Pertahanan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian.

Sumber Air Times