DUNIAAje gila!! Wanita jalin hubungan dengan bapa sendiri hingga lahir dua anak

Aje gila!! Wanita jalin hubungan dengan bapa sendiri hingga lahir dua anak

Seorang lelaki di Australia telah menjalinkan hubungan sumbang mahram bersama anak perempuannya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, lapor akhbar The Sun.

John Earnest Deaves terpisah dengan anaknya, Jennifer Anne Deaves sejak kecil dan mereka hanya pernah bertemu sebanyak tiga kali.

Sehinggalah pada tahun 2000, Jennifer, 31, membuat keputusan untuk tinggal bersama John yang ketika itu berusia 53 tahun di Port Pirie, selatan Australia.

Hubungan intim yang dilakukan oleh bapa dan anak itu telah menamatkan perkahwinan 12 tahun antara John dan isteri keduanya, Dorothy.

Bercakap kepada 60 Minutes Australia pada 2008, John mengatakan bahawa mereka adalah teman lelaki dan teman wanita yang benar-benar normal.

Jennifer bahkan berkata bahawa hubungan intim bersama bapanya adalah sama seperti dia melakukannya dengan mana-mana lelaki lain.

Hasil hubungan mereka, Jennifer telah melahirkan dua anak dengan salah seorang daripadanya meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan akibat penyakit jantung.

John menjadi bapa dan datuk kepada anak perempuan yang dilahirkan Jennifer. Pasangan itu telah berpisah pada 2009. – Agensi

......