NASIONALAjaran sesat sebiji ajaran Ayah pin menular pula di Lembah Klang?

Ajaran sesat sebiji ajaran Ayah pin menular pula di Lembah Klang?

Beberapa tahun lalu, kita dikejutkan dengan satu ajaran sesat bernama Kerajaan Langit yang diasaskan oleh  Ariffin Muhamad atau Ayah Pin di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil kepada Tuhan segala agama dan pengikutnya pula menganggap dia sebagai penerima wahyu dari langit.

Terbaharu, melalui perkongsian We Are All Firdaus Wong di laman Facebook, dia mendakwa bahawa wujud ajaran sesat menyerupai Ayah Pin yang didakwa bertapak di Lembah Klang.

Melalui perkongsian tersebut yang telah mendapat lebih 3,000 perkongsian dan 500 komen dari netizen, kuil berkenaan didakwa menghimpunkan ajaran pelbagai agama termasuk Islam.

“Kini di KL juga wujud satu kuil yang mengumpul semua agama. Malah simbol-simbol agama di sana juga ada kaitan dengan fahaman pluralisme.

“Fahaman ini bercanggah dengan ajaran Islam. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya,” Kata kenyataan terbabit.

We Are All Firdaus Wong turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan sekumpulan lelaki bersongkok dan berkopiah dipercayai beragama Islam berkumpul dalam satu acara dalam kuil yang turut dihadiri penganut agama lain.

https://www.facebook.com/weareallfirdauswong/posts/799543590784820

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian memaklumkan pihaknya tidak menerima apa-apa laporan berhubung ajaran sesat ini.

Namun katanya, pihak Jawi akan menyiasat dakwaan tersebut dan sebarang perkembangan akan dikongsikan nanti.

https://www.thevocket.com/ajaran-ayah-pin-versi-baharu-mula-berkembang-di-lembah-klang/

......