Menghadapi pandemik Covid-19 hari ini bukanlah mudah. Satu musuh yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar dan sungguh bahaya kerana ia mampu meragut nyawa. Namun seboleh-bolehnya kita seharusnya mematuhi SOP yang disediakan untuk mengelak penularan dari berlaku.

Biarpun begitu tiada siapa yang mahukan diri dijangkiti virus ini. Ia merebak tanpa disedari dan penularan wabak ini menular dengan pantas dalam masyarakat kita. Apa yang penting sekarang kita patuhi saranan yang disediakan dan menjaga diri serta keluarga kita.

Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan suasana dalam pusat kuarantin. Dalam rakaman itu kelihatan beberapa lelaki sedang berkumpul di depan papan kenyataan. Difahamkan mereka sedang menyemak nama masing-masing jika tersenarai dalam paparan kertas yang dibenarkan pulang.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah telatah seorang lelaki yang katanya baru sehari ditahan di pusat kuarantin namun sudah mula sibuk menyemak jika namanya ada dalam senarai dibenarkan pulang tersebut. Berikut adalah video lelaki baru masuk pusat kuarantin dah semak senarai keluar yang dikongsikan semula di Instagram Era.je:

Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 300 ribu tontonan dan 43 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman lelaki baru masuk pusat kuarantin dah semak senarai keluar ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hadehh dia pun terkejut”

semak senarai keluar 3

“Klakor laa…Tak pe semangat tu kena ada..Mana nak tahu kan..rezeki balik awal..”

semak senarai keluar 2

“Hadehhh gelak besauu aku lah macam2 perangai. Semoga kalian semua cepat sembuh”

semak senarai keluar 1

Selain itu, ada beberapa rakaman lain yang memaparkan situasi dalam pusat kuarantin yang dimuat naik di media sosial. Ini antaranya:

Ternyata pesakit di sini juga perlukan kesihatan mental untuk mengharungi episod penyakit ini dalam kehidupan mereka. Semoga semuanya cepat sembuh dan frontliners kita mampu harungi cabaran ini.

Baru masuk pusat kuarantin dah semak senarai keluar, “Klakor laaa”