Foto - The Star

Kalau benar apa yang dikatakan, memang yang masuk Amanah tu tidak kisah digelar sebagai Khadam?

Tetapi kita kena sedar, Amanah ni pun wujud sebab pemimpinnya yang sebelum ini dari Pas, kalah dalam pemilihan Pas pada tahun 2015, maka wujudnya Amanah sebab ingin pro kepada D4P, apa sahaja berkenaan D4P, mereka (Amanah) adalah paling awal kehadapan.

Jadi logik atau tidak apa yang Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan katakan yang ramai ahli Pas masuk Amanah kerana tidak puas hati kerjasama Pas Umno?

Ahli Pas Kelantan berduyun-duyun sertai Amanah – Mat Sabu

SHAH ALAM – Penubuhan Muafakat Nasional di antara Pas dan UMNO dipercayai tidak disenangi oleh akar umbi Pas khususnya di Kelantan susulan kemasukan beramai-ramai ahli parti itu ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendedahkan, Kelantan antara negeri yang teramai ahli Pas yang menyertai Amanah pada masa ini susulan mereka menolak Muafakat Nasional dan UMNO.

“Banyak sekarang ini, sedang berpindah begitu ramai di Kelantan. Ahli Pas memang dididik begitu lama tentang kebencian kepada UMNO dan sampai ke peringkat kafir mengkafir

“Jadi bukan mudah untuk mereka terima Muafakat Nasional begitu mudah, ramai di antaranya memilih untuk bersama dengan Amanah,” katanya selepas Konvensyen Nasional Amanah 2019 di sini, hari ini.

Mohamad juga berasa terkejut apabila Amanah Kelantan khususnya kawasan Pasir Mas mempunyai lebih 2,000 ahli baharu meskipun belum mempunyai cawangan di kawasan itu.

“Kelantan di antara negeri yang nampak penambahan ahli kami meningkat begitu mendadak

“Kita tahu ramai tapi yang teramai di Pasir Mas, Kelantan, itu satu kejutan, ramai (ahli Pas) berduyun-duyun menyertai Amanah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penolakan ahli Pas Kelantan terhadap Muafakat Nasional kerana mereka tidak mahu UMNO dan BN kembali memerintah negara.

“Ahli Pas kebanyakannya menolak Muafakat Nasional kerana mereka melihat ini merupakan pembentukan BN 2.0, sebab itu mereka menolak, mereka tak nak mengembalikan negara ini di bawah kepimpinan BN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette