Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi telah menunjukkan keprihatinanya apabila beliau mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Istana Negara memaklumkan, insiden berlaku di jalan susur dari pintu Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.

Semasa kejadian baginda sedang dalam perjalanan untuk ke Muzium Diraja bagi merasmikan Pameran Raja Kita.

“Dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita. Daulat Tuanku,” demikian menurut hantaran itu.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah melakukan perkara sama apabila bertindak turun dari kenderaannya untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya.

BACA sini: Agong turun kereta rasmi bantu mangsa nahas di Putrajaya [Video]
https://pakdin.my/agong-turun-kereta-rasmi-bantu-mangsa-nahas-di-putrajaya/

DAN sini: Kereta terbabas, Jasliza terkejut Agong tawar bantuan
https://pakdin.my/kereta-terbabas-jasliza-terkejut-agong-tawar-bantuan/

Kejadian itu berlaku di satu lokasi di Putrajaya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

Lihat video: https://youtu.be/DCXTQbW_q70