Foto - Malay Mail

Dari Facebook Najib Razak.

Eh… siapa yang membohong sekarang?

Peguam Negara lantikan politik PH yang bohong?

Ataupun Pengerusi SPR lantikan politik PH yang bohong.

(Walaupun PH bohong dalam manifesto bahawa mereka tidak akan membuat lantikan politik)

Jumaat lalu, Peguam Negara memberitahu media bahawa dia terkejut bahawa pejabat peguam negara telah merayu keputusan Rafizi dibebaskan oleh mahkamah untuk kes Rafizi langgar akta BAFIA dengan membocorkan maklumat bank.

Tommy kata dia membuat keputusan untuk tidak merayu selepas dia berbincang dengan pengerusi SPR.
https://www.theedgemarkets.com/…/ag-says-appeal-against-raf…

Tapi hari ini, pengerusi SPR kata dia tidak pernah berbincang dengan peguam negara tentang kes Rafizi pulak?
https://www.thestar.com.my/…/ec-chairman-denies-discussing-…

So, siapa yang bohong?

Pengerusi SPR PH atau Peguam Negara PH?

Apa nak jadi agaknya Malaysia Baharu ini?

Kita lihat dan perhatikan golongan berkuasa sekarang menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan kroni-kroni dan orang-orang mereka sahaja.

Bila sudah terkantoi, maka mereka mulalah menafikan macam-macam. Sudah jadi cap ayam pula badan perundangan di Malaysia ini.

Apa tidak ada rasa risau atau malu kah mereka-mereka ini?

Ini kata Peguam negara..

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/08/saya-tidak-bincang-kes-rafizi-dengan-pengerusi-spr-kata-peguam-negara/

Ini pula kata Pengerusi SPR

Pengerusi SPR nafi bincang kes Rafizi dengan Peguam Negara