POLITIKAbah kantoi teruk!! ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Abah kantoi teruk!! ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri Najib Razak menafikan kenyataan bahawa Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015 disebabkan saranannya supaya isu 1MDB disiasat secara telus.

Menjawab kenyataan Muhyiddin dalam hantaran Facebooknya hari ini, Najib berkata, Muhyiddin dipecat pada Mei 2016 kerana melanggar disiplin parti selepas beliau hadir acara bersama pembangkang pada Mac 2016.

“Nak tipu pun perlu tahu bahawa internet tak lupa. Dia dipecat bukan sebab dia soal 1MDB.

“Melainkan Mukhriz Mahathir menipu mahkamah, Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 sebab dia sudah berkomplot bersama Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 – jauh sebelum 1MDB menjadi isu,” katanya di Facebook.

‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Najib turut berkongsi petikan berita berhubung kenyataan Mukhriz yang mengakui perkara itu pada 2017.

Najib berkata, selepas Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebelum dipecat daripada Umno, beliau pernah memberitahu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bahawa beliau tidak ada masalah akaun Presiden ada dana yang besar kerana ini sememangnya amalan biasa dari dulu lagi.

“Sudah-sudahlah nak menipu. Bukti semua ada.

“Tanya dia, adakah dia khianat Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) sebab 1MDB? Dia khianat Pak Lah, dia naik dari Naib Presiden menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Adakah dia khianat Dr Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh adalah sebab 1MDB?,” soal Najib.

Najib turut bertanya kepada Muhyiddin adakah penderhakaannya kepada Yang di-Pertuan Agong juga disebabkan oleh 1MDB.

“Dia derhaka pada Agong dengan melawan titah bahawa Ordinan Darurat perlu didebat di Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mengelak kalah undi dan dia hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Sehingga Agong dua kali zahirkan amat dukacita hanya sebab dia mahu kekalkan jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Najib berkata, ini jelas menunjukkan bahawa rekod Muhyiddin ialah pengkhianat dan sehingga kini beliau tidak berani mengaku suara dalam rakaman audio “scheme of things” dengan beliau merancang untuk sogok dan beli ahli Umno adalah suaranya.

“Kenapa dia tak berani mengaku? Sebab sogokan adalah jenayah juga. Terus dia masuk dalam kluster mahkamah,” katanya.

......