NASIONAL8.77 juta penduduk lengkap 2 dos vaksin Covid-19, kata Adham

8.77 juta penduduk lengkap 2 dos vaksin Covid-19, kata Adham

Kira-kira 8.77 juta atau 37.5% populasi dewasa negara sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Dalam catatan di Twitter, beliau berkata, 15,772,101 orang atau 67.4% sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini ialah 24,542,437 dos.

Menerusi data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Labuan terus mencatatkan kadar vaksinasi tertinggi dengan 85.3% diikuti Sarawak (74.4%), Negeri Sembilan (52%), Lembah Klang (51.5%) manakala Sabah kekal dengan kadar vaksinasi terendah, iaitu 17.1%.

Sementara itu, Adham berkata, sebanyak 389,641 dos suntikan vaksin Covid-19 direkodkan pada 8 Ogos,

“Ia membabitkan 156,816 dos bagi suntikan pertama manakala 232,825 dos bagi suntikan kedua,” katanya.

8.77 juta penduduk lengkap 2 dos vaksin Covid-19, kata Adham

......