Foto - Malaysian Insight

KAJANG – Sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada gerakan Melayu Islam hari ini membuat tiga tuntutan menggesa kerajaan bertindak terhadap Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Tiga tuntutan tersebut ialah mendesak supaya siasatan dilakukan ke atas pemimpin Dong Zong dengan menggunakan Akta Hasutan, mengharamkan serta-merta pertubuhan Dong Zong serta meminta supaya kongres yang dirancang pertubuhan itu Sabtu ini dibatalkan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridi Sat berkata, tindakan terbaharu Dong Zong mahu mengadakan himpunan secara besar-besaran bagi membantah pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil dilihat menentang naratif nasional perpaduan antara kaum di peringkat kebangsaan.

Malah katanya, perkara itu turut dilihat bioleh menggugat perpaduan kaum terutamanya orang Melayu sebagai pribumi dan kuam Cina itu sendiri.

“Kami menggesa pihak polis menyiasat secara terperinci segala aktiviti Dong Zong yang sehingga kini membawa kepada perpecahan kaum di negara kita yang kian hari kian ketara.

“Tindakan terbaru Dong Zong dalam membantah tulisan Jawi walaupun hanya empat ungkapan sahaja iaitu “Bersekutu Bertambah Mutu:, Bank Negara Malaysia, “ringgit Malaysia” atas alasan kononnya melibatkan ajaran agama Islam mencerminkan sikap mereka yang amat anti Melayu dan Islamophobik dan tidak boleh diyterima oleh mana-mana pihak yan berfikiran matang dan rasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Terdahulu, Masridi bersama 40 wakil dari NGO Gerakan Islam Melayu membuat laporan terhadap Dong Zong berhubung hasrat NGO itu yang mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

Difahamkan, laporan sama turut dibuat oleh NGO-NGO Islam Melayu di seluruh negara berhubung perkara sama.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan balas Dong Zong bahawa himpunan Sabtu ini sekadar perbincangan dalam mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan, Masridi mendakwa, ia merupakan taktik serta helah agar hasrat mereka untuk mengadakan himpunan berkenaan tercapai.

“Kalau ia sekadar perbincangan takkan PM (Perdana Menteri) tegur. Maklumat yang diperoleh PM lebih tepat dari risikan negara. PM akan bercakap selepas mendapat maklumat daripada risikan. Jadi, bagaimana pula mereka hendak menafikan. Lainlah kalau PM tak bercakap.

“Ini macam kes Hindraf juga dia cakap lepas tu dia pusing minta maaf.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup menegaskan, sikap yang ditunjukkan oleh Dong Zong ketika ini sudah melampau dan perlu disekat.

Baca selanjutnya Malaysia Gazette

40 NGO Gerakan Melayu Islam tuntut kerajaan bertindak terhadap Dong Zong