DUNIA20 peratus penduduk Amerika percaya ada cip mikro dalam vaksin

20 peratus penduduk Amerika percaya ada cip mikro dalam vaksin

NEW YORK: Kira-kira 20 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) percaya teori konspirasi bahawa cip mikro ‘disumbat’ dalam vaksin Covid-19 yang telah diberikan kepada penduduk seluruh dunia.

Dapatan itu hasil kaji selidik YouGov dan The Economist yang dijalankan minggu lalu.

Menurut laporan The Jerusalem Post, biarpun tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokong teori berkenaan, kaji selidik itu menyimpulkan secara keseluruhannya 15 peratus rakyat AS mengatakan teori konspirasi itu ‘benar’ manakala lima peratus lagi kata ‘sangat benar’.

Salah maklumat mengenai perkara itu mula tersebar sejak tahun lalu.

20 peratus penduduk Amerika percaya ada cip mikro dalam vaksin

......