DUNIATempoh berhenti di RnR hanya 30 minit sahaja sempena Aidilfitri ini...

Tempoh berhenti di RnR hanya 30 minit sahaja sempena Aidilfitri ini…

SEMARANG: Tempoh berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) hanya dibenarkan selama 30 minit bagi setiap pengunjung yang pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri.

Langkah itu dibuat bagi mengawal jumlah kenderaan yang memasuki kawasan R&R sekali gus mengelakkan kesesakan jalan.

Pengarah Jasa Marga Semarang Batang, Prayudi memohon kepada semua pengguna lebuh raya memanfaatkan masa mereka sebaiknya.

Katanya, ramai pengguna akan menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan Aidilfitri nanti.

“Laluan masuk ke kawasan itu akan menjadi sehala sahaja, jadi senang untuk kita bagi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil masa terlalu lama sebelum meneruskan perjalanan,” katanya lapor Kompas.com. 

Prayudi berkata, pihaknya juga akan menambah bilangan tandas di kawasan R&R bagi mengelakkan orang ramai beratur panjang.

“Kita akan tambah kapasiti 100 tandas jenis A dan 50 tandas jenis B,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan bersedia daripada segi mental, minyak kenderaan, kad elektronik tol dan bekalan makanan sepanjang melakukan perjalanan.

Hanya 30 minit dibenarkan berada di R&R

......