POLITIKPH akan bertelagah siapa calon MB Johor, kata pemimpin MCA

PH akan bertelagah siapa calon MB Johor, kata pemimpin MCA

Pemimpin MCA meramalkan masalah akan tercetus dalam Pakatan Harapan (PH) susulan gabungan pembangkang itu tidak dapat menentukan calon Menteri Besar Johor.

Naib Pengerusi Pemuda MCA, Chua Hock Kuan, berkata parti dalam gabungan itu termasuk sekutunya berkemungkinan bertelagah sesama sendiri bagi menamakan calon masing-masing untuk dipilih.

“Sejurus pilihan raya berakhir, adakah PH, PKR, MUDA, Warisan dan Pejuang, bertelagah sesama sendiri untuk menamakan calon sebagai MB?” kata Chua dalam kenyataan.

Perebutan kuasa antara parti politik selepas pilihan raya akan menjejaskan kesatuan politik di negeri itu, sekali gus mengakibatkan Johor ketinggalan berbanding negeri lain, kata Chua.

Chua Hock Kuan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana parti berkenaan akan mencapai konsensus berhubung penamaan calon MB, jika mereka tidak mampu bersetuju menggunakan logo sama pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

PKR berkempen menggunakan logonya sendiri, manakala Amanah dan DAP bertanding menggunakan logo PH.

Chua berkata, PH sudah mengemukakan manifestonya, namun langsung tidak menamakan calon MB.

Katanya, kandungan manifesto PH hampir menyerupai manifesto yang diumumkan terlebih dulu oleh Barisan Nasional (BN) dan menunjukkan “PH mahu menipu pengundi sekali lagi”.

Ketua Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, bagaimanapun berkata manifesto diumumkan PH pada PRN Johor walaupun hampir sama, namun mempunyai perbezaan.

PH akan bertelagah siapa calon MB Johor, kata pemimpin MCA

......