POLITIKDr Dzul fail saman terhadap bossku

Dr Dzul fail saman terhadap bossku

Najib Razak menafikan beliau memfitnah Dr Dzulkefly Ahmad dalam catatannya di Facebook tahun lepas selepas bekas Menteri Kesihatan itu memfailkan saman terhadapnya pada Jumaat.

Pernyataan tuntutan yang difailkan pada malam tahun baharu itu membabitkan catatan yang mengaitkan pemimpin Amanah itu dan anak perempuannya, Nurul Iman.

Najib berkata, beliau tidak pernah menuduh Pengarah Strategi Amanah itu mengamalkan nepotisme atau kronisme dalam catatan itu tetapi hanya bersuara mengenai pelantikan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) ketika ia memerintah.

Ini termasuk pelantikan Nurul Iman sebagai ahli Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Bagaimanapun, beliau nampaknya berasa terhina dengan komen warganet di catatan saya. Jadi, dari satu segi, beliau mahu menyaman saya kerana tidak berpuas hati dengan komen warganet,” katanya kepada FMT.

Najib berkata, catatan berkenaan dimuat naik ketika PH melemparkan “segala jenis tuduhan” terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu berhubung banyak pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam catatan itu, beliau dalam nada menyindir berkata, rakyat perlu tahu bahawa nepotisme, kronisme dan pelantikan politik hanya berlaku dalam kerajaan PN.

“Ia tak berlaku dalam kerajaan ‘Gagalkrasi’ PH dahulu, walaupun isteri kepada setiausaha politik Perdana Menteri ketujuh dilantik pengerusi lembaga pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), manakala anak menteri PH dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

“PH buat takpe. Jangan orang lain buat,” katanya dalam catatan Facebook pada 24 Ogos 2020.

Najib menegaskan bahawa catatan itu tidak mungkin memfitnah Dzulkefly memandangkan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengesahkan pelantikan anak perempuannya dalam AIM pada 2019.

Dzulkelfy menuntut permohonan maaf secara rasmi daripada bekas Perdana Menteri itu dan ganti rugi sebanyak RM5 juta serta injuksi mahkamah untuk menghalangnya daripada membuat tuduhan fitnah selanjutnya.

Perak Insight

......