NASIONALMalaysia sambut baik bantuan Arab Saudi

Malaysia sambut baik bantuan Arab Saudi

PETALING JAYA – Kerajaan Arab Saudi akan menyalurkan bantuan segera berupa peralatan perubatan kepada Malaysia dalam usaha membantu negara menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Mohammad Salman berkenan memberikan bantuan berkenaan dan disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre.

Hishammuddin menjelaskan perkara tersebut berlaku apabila beliau sendiri membuat panggilan telefon meminta bantuan terhadap Tengku Mahkota Arab Saudi itu.

“Ini merupakan keputusan selepas saya membuat panggilan telefon dengan Putera Mahkota Mohammad Salman dan Malaysia cukup berterima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud di atas bantuan tersebut.

“Malaysia akan bekerja rapat dengan Putera Mahkota dan Malaysia MFA akan mengemukan butiran bantuan kepada kerajaan Arab Saudi,” ciap Hishammuddin di Twitternya hari ini.

Terdahulu, media Arab Saudi, Saudi Gazette berkata, kerajaan tersebut bakal menyalurkan bantuan kepada Malaysia bagi meringgankan beban negara dalam mendepani ancaman Covid-19 yang semakin parah ketika ini. – K! ONLINE.

......