:BLOGJika terjumpa, belilah burger dia ini -Azad Jasmin.

Jika terjumpa, belilah burger dia ini -Azad Jasmin.

PETALING JAYA: Pelakon popular, Azad Jasmin, menyeru kepada orang ramai yang melalui di kawasan Shah Alam agar dapat membantu seorang remaja terbabit yang bersungguh-sungguh mencari rezeki ketika hujan lebat.

Menerusi perkongsian di entri Azad, dia sempat merakam pemuda berkenaan yang berdiri di tepi lampu isyarat sambil memegang beberapa biji burger untuk dijual kepada pengguna kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Selanjutnya, Azad berkata remaja itu bukanlah meminta sedekah wang ringgit tetapi sekadar menginginkan jualannya habis dijual.

“Sesiapa yang lalu di kawasan Shah Alam, tolonglah budak ini. Dia tidak meminta wang, cuma minta anda jika terjumpa, beli lah burger dia ini.

“Anda bantu dia, dijamin Allah membantu anda juga. Hujan rahmat, Ya Allah ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya.

“Kita bersenang-senang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar,” luahnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet bersimpati melihat situasi remaja berkenaan yang berusaha mencari rezeki demi sesuap nasi serta mendoakan agar sentiasa dilindungi Allah.

Utusan

......